Sunday, April 18, 2010

Bukalah Mata Hatimu..


Maha Suci Allah, begitu agung dan hebatnya penciptaan alam semester, tanda kebesaran dan keagungan Allah s.w.t. Lihatlah alam yang terbentang luas, tidak mungkin semua ini terjadi dengan sendirinya, pasti ada yang menjadikannya. Jika ada insan yang mengatakan bahawa Allah itu tidak wujud, maka katakan kepadanya, buktikan bahawa Allah itu tidak wujud. Pasti dia tidak akan dapat membuktikannya. Tetapi sekiranya dia inginkan bukti Allah itu wujud, tidak terkira banyaknya bukti yang boleh kita berikan kepadanya.

Tetapi, mengapa masih ada insan yang tidak ingin melihat semua ini dengan padangan mata hatinya? Adakah kerana mereka terpedaya dengan keindahan penciptaan-Nya sehinggakan lupa untuk melihat siapakah yang menciptakan semua ini? Bukalah mata hatimu, lihatlah semua penciptaan ini dengan mata hatimu. Pasti terungkap di hatimu tentang kehebatan sang pencipta. Pasti dirimu terasa kerdil dan hina lantaran Maha Hebatnya ciptaan sang pencipta. Lantas, mengapa masih ada insan yang melakukan kederhakaan kepada-Nya? Adakah mereka lupa siapakah yang menjadikan mereka lantaran itu membuatkan mereka lupa akan semua itu? Atau adakah mereka merasakan diri mereka begitu hebat lantaran mendabit dada mendongak ke langit dan tidak mahu merundukkan wajah tanda kehambaan seorang hamba? Itulah petanda hati sudah mati, tidak dapat melihat kebenaran disebalik keindahan.

No comments:

Post a Comment