Friday, April 9, 2010

Hiduplah kerana Allah....


Kehidupan ibarat roda yang sentiasa berpusing. Kadangkala kita berada di atas dan kadangkala kita berada dibawah. Namun,hukum alam atau sunnatullah telah menetapkan bahawa setiap kebaikan yang kita berikan pasti kita akan dibalas dengan kebaikan, dan setiap kejahatan yang kita berikan maka akan dibalas dengan kejahatan.

Pernah satu ketika rakanku bertanya kepadaku,"Kau takda 'life' ke? Asyik-asyik kerja, penat aku tengok kau keje tak kira masa," keluh rakanku tersebut. Aku hanya tersenyum dan diam tanpa memberikan jawapan secara lisan, dan aku hanya melihat gelagat rakanku tersebut yang menunggu jawapan dariku. Lantas aku memberikan jawapan kepadanya,"Em, tentu kau tahu tujuan hidup kita kan?",aku memberikan jawapan dengan persoalan. Sengaja aku mengalihkan persoalan yang cuba ditanyakan kepadaku dengan persoalan yang juga ada kaitan dengan soalannya. Dia mengerut tanda tidak faham dengan persoalan yang aku timbulkan. Aku terus memberikan jawapan kepadanya tanpa menunggu jawapan darinya,"Ya, kita punyai tujuan hidup. Tujuan hidup kita adalah untuk beribadah kepada Allah,". Rakanku semacam tidak memahami apa yang aku cuba sampaikan kepadanya. Dia terus menyoalku,"Apa cara kita ingin beribadah kepada Allah?". Oh, dia telah mula untuk memahami persoalan yang aku lontarkan kepadanya. Lantas aku memberikan jawapannya,"Ibadah ada 3 jenis, yang pertama iaitu ibadah asas. Ibadah asas ini merangkumi ibadah fardhu ain yang kita wajib laksanakan seperti solat 5 waktu,berpuasa di bulan ramadhan, menunaikan zakat, dan lain-lain yang wajib bagi seorang mukmin. Ibadah yang kedua iaitu ibadah sunat. Ibadah sunat adalah ibadah yang merangkumi ibadah-ibadah sunat seperti solat sunat, puasa sunat, zakat sunat dan pelbagai lagi ibadah sunat yang boleh dilakukan. Ibadah yang ketiga dipanggil ibadah umum. Ibadah ini yang perlu diberikan perhatian kerana jarang-jarang orang melihat ibadah ini sebagai perkara yang penting."Dia semakin tidak keruan dengan jawapan yang aku berikan. Aku terus menerangkan kepadanya,"Dalam kehidupan kita sekarang, 'prime time' kita habiskan untuk apa?" aku menyoalnya bukan maksud untuk menyoal tetapi sekadar mempersoalkannya,"Em, dah tentu kita banyak habiskan masa waktu bekerja," dia menjawab persoalanku dengan penuh optimis,"Betul, tapi adakah kita pasti masa yang kita habiskan itu, di tempat kerja, kita dah pastikan ianya menjadi ibadah?", soalku kepadanya,"Em,rasanya dah ibadah kot. Yela, aku pernah dengar ada ustaz bagitau pada aku, kalau kita niat kerana Allah, kerja kita leh jadi ibadah," jawabnya penuh pesimis. Dalam benakku terus berfikir, kalau beginilah para ustaz memberikan penerangan yang tidak lengkap kepada masyarakat umum, mungkin lebih ramai lagi akan membawa 'fahaman sesat' dalam kehidupan mereka. Aku terus memberikan respon kepada jawapannya,"Em, aku juga pernah melalui situasi yang sama ketika mana berhadapan dengan masyarakat. Ada golongan yang dikatakan sebagai 'GRO' juga mengatakan mereka bekerja kerana Allah, tak tinggalkan solat, tak meminta pun pada orang duit untuk menyara kehidupan mereka, adakah mereka dikira beribadah kepada Allah?" soaku padanya sekadar membuatkannya berfikir,"Em,kau ni buatkan aku terkeliru pula, jadi apa yang sebenarnya?" dia menjawab dengan persoalan, aku terus memberikan jawapannya,"Em,begini. Pertamanya, kita perlu mengetahui apakah syarat-syarat yang perlu untuk memastikan pekerjaan yang kita lakukan dikira sebagai ibadah. Menurut Yusuf Qardhawi, setiap pekerjaan yang ingin dilakukan, apabila menempuh 6 syarat, maka ia akan dikira sebagai ibadah. Antaranya syaratnya yang pertama ialah niat. Niat mestilah kerana Allah s.w.t. Yang kedua ialah aktiviti tersebut mestilah sah disisi syariat, maksudnya kerja tersebut mestilah tidak melanggar syariat Allah. Yang ketiga ialah perlaksanaan yang baik. Perlaksanaan kerja tersebut mestilah secara terbaik. Yang keempat ialah dibuat dengan terbaik. Pekerjaan tersebut mestilah dibuat dengan terbaik. Yang kelima ialah tidak meninggalkan ibadah asas, maksudnya kita tidak meninggalkan ibadah asas yang wajib dilaksanakan seperti solat, puasa dan lain-lain. Yang keenam ialah natijah yang baik, maksudnya apa yang kita dapat hasil dari pekerjaan kita adalah yang terbaik dan bermanfaat. Sekiranya kita mendapat gaji, maka gaji tersebut digunakan ke jalan yang baik." begitulah jawapanku yang panjang kepadanya,"Em, macam ustaz la kau berikan jawapan. Aku tak penah dengar apa yang kau beritahu padaku sebentar tadi," jawabnya penuh keihklasan dari hatinya. Aku sekadar tersenyum tanda kepuasan kerana dapat menyampaikan satu mesej yang bermakna kepadanya dan itulah yang aku harapkan walaupun aku penat bekerja, aku harapkan kerja tersebut dikira sebagai ibadah disisi Allah s.w.t...dan ingin terus hidup kerana Allah...

No comments:

Post a Comment