Sunday, April 11, 2010

Hiduplah Untuk Memberi...


Satu petang di sebuah restoran,aku dan rakanku duduk di situ sambil menunggu makanan dan minuman yang telah di 'order' daripada pelayan kedai tersebut. Restoran di situ penuh dengan orang yang datang untuk menghilangkan lapar dan dahaga mereka.Sedang kami duduk dan sambil itu kami sempat berbual-bual,tiba-tiba aku terpandang pada seorang perempuan tua yang mungkin umurnya sebaya dengan ibuku,membawa beg plastik besar yang berisi kerepek-kerepek.Dia pergi ke satu meja yang diduduki oleh sepasang anak muda lelaki dan wanita.Perempuan itu cuba mengeluarkan kerepeknya untuk ditunjukkan kepada pasangan tersebut,namun pasangan tersebut terus menolak tawaran perempuan tersebut dan tidak menghiraukan perempuan tersebut.Aku sungguh terkesan dengan layanan pasangan tersebut yang memperlakukan perempuan tua tersebut sebegitu rupa. Aku dapat lihat wajah kesal dan kecewa perempuan tua tersebut dan menyimpan kembali kerepek-kerepeknya ke dalam plastik. Begitulah perempuan tua itu terus pergi dari meja ke meja namun tiada siapa yang ingin melayan dan menerima tawaran daripada perempuan tua tersebut.Perempuan tua tersebut terus berjalan dan sampai ke meja kami dan menawarkan kepada kami,"Anak, makcik ada bawa kerepek ni,ada macam-macam, ada kerepek ubi,kerepek kentang,kerepek pedas,makcik jual 3 bungkus RM10,"tawar makcik itu kepada kami,aku terus memberikan respon,"Ok makcik,saya nak ambik 3 bungkus,"terus aku mengeluarkan duit dari dompetku dan diberikan kepada makcik tersebut. Makcik tersebut tersenyum sambil terus membungkuskan kepadaku kerepek yang aku beli darinya.Sambil itu aku sempat bertanya kepada makcik tersebut,"Makcik datang dari mana?"soalku,"Makcik datang dari Kuala Selangor,"jawab makcik tersebut,".Aku terus bertanya,"Oh,jauhnya makcik datang,makcik datang dengan siapa?" soalku,"Makcik datang dengan van,sebenarnya makcik jual semua ni bawah persatuan ibu tunggal,sekadar nak mencari rezeki yang halal,kami tak mampu buat kerja lain,ini sahaja yang kami mampu,"jawab makcik tersebut,jelas setiap ucapannya ikhlas dari hatinya,"Terima kasih anak kerana beli,"ucap makcik tersebut lantas beredar dari meja kami.Jauh dilubuk hatiku terasa simpati dan empati kepada makcik tersebut.

Aku cuba membayangkan jika makcik tersebut ialah ibuku,tak sanggup aku melihat kesusahan ibuku. Aku pernah juga merasai bagaimana kepayahan dan kesusahan untuk mencari rezeki di kala kesempitan hidup melanda,berkaca mataku bilamana aku cuba menyelami kesusahan makcik tersebut,"Oi,mengelamun jauh nampak,"sampuk rakanku,"Takdalah,aku cuba merasai kesusahan makcik tadi. Tak ramai manusia yang sanggup menyelami kesusahan orang lain, dan tak ramai yang cuba turut sama merasainya,"luahan spontan dariku kepada rakanku. Aku cuba mengetuk hati rakanku dengan melontarkan persoalan kepadanya,"Aku nak tanya kau,kau setuju tak kalau aku katakan,memberi itu lebih bahagia daripada menerima?"tanyaku kepadanya,"Em,aku rasa memberi lebih bahagia daripada menerima,"jawabnya yakin."Baik,sekarang,mana lebih bahagia,menerima hadiah ke memberi hadiah?"tanyaku sekadar melihat responnya,"Oh,tentulah menerima hadiah lebih gembira,"jawabnya sambil tersenyum simpul."Eh,tadi kau kata memberi lebih bahagia daripada menerima,sekarang lain pulak jawapan kau?"tanyaku sekadar mengusiknya."Emm,entahlah,aku rasa menerima lebih bahagia kot,"dia menjawab sambil menggaru kepala tanda tidak keruan dengan jawapannya.Aku cuba memberikan kepastian kepadanya,"Macam ni,sebenarnya memberi lebih bahagia daripada menerima tetapi dengan syarat memberi itu mestilah dengan kasih sayang,"aku cuba memberikan kepastian kepada rakanku. Rakanku nampak seperti tidak faham dengan apa yang cuba aku sampaikan,"Baiklah,macamni,contoh seperti makcik tadi. Aku beli kerepek makcik tadi sebab ada rasa empati dan kasih sayang sebab aku merasakan yang makcik tadi ibarat ibuku. Jadi,aku tak sanggup lihat dia pulang kecewa tanpa dapat apa-apa hasil jualan pada hari ini,"aku cuba memahamkan dia lagi,"Andainya kau dah ada anak,dan anak tersebut sudah besar dan dah bersekolah,tentu kau akan berikan duit belanja kepadanya bukan?"soalku bukan untuk menyoal tetapi sekadar merancakkan perbincangan."Emm,ha ah,"jawabnya ringkas tanda bersetuju."Berapa lama engkau berikan duit belanja,setiap hari sampai dia tamat bersekolah bukan?"soalku lagi kepadanya inginkan kepastian."Ha ah,"jawabnya ringkas."Ada tak kau rasa terbeban dengan pemberian tersebut?"soalku lagi,"Em,tak,"ringkas jawapannya.Aku terus memberikan kepastian kepadanya,"Em,itu kerana engkau meberi dengan kasih sayang,itulah kunci kebahagiaan apabila kita ingin memberi,"jawabku ringkas sebagai kesimpulan daripada apa yang cuba ingin aku sampaikan. Dia mengangguk tanda dia faham dan dapat menerima mesej yang aku cuba sampaikan kepadanya.

Aku berasa bahagia pada hari itu kerana walaupun duitku berkurangan disebabkan aku membeli kerepek makcik tersebut,namun jauh disudut hatiku terasa kebahagiaannya kerana aku yakin,kunci kebahagian dalam hidup ialah apabila kita banyak memberi,dan memberi syaratnya perlulah dengan kasih sayang. Sekiranya kita tiada wang,kita boleh berikan senyuman,kita boleh berikan bantuan dan kita boleh memberi. Ya,itlah falsafah hidup yang ringkas tetapi cukup bermakna buat hidupku.

No comments:

Post a Comment